Google
 

Monday, August 18, 2008

Persediaan Musim Persekolahan Ramadan

Link



Masjid Darul Ghufran
Kuliah Ibu Mithali Muslimat Sejati
(Drop-By Waris)
21 Sya'ban 1428H / 4 Sep 07



Topik Khas

Persediaan Musim Persekolahan Ramadan




(1) Bersegera melakukan TAUBAT yang sadiqah (jujur), sebelum mengorak langkah masuk ke `Sekolah Ramadan'.



(2) BELAJAR sekadar keperluan asas-asas ilmu ibadah puasa, puasa, hukum-hakam (berkenaan), adab-adab puasa, sunat-sunat puasa....



(3) Sematkan `azm al-sodiq' (niat / keazaman yang benar-benar jujur) serta `himmah aliyah' (kesungguhan, semangat yang tinggi) untuk memeriahkan Ramadan kali ini dengan amalan yang bermanfaat



(4) Ambil kertas dan tuliskan lakaran `strategi Ramadan' (Ramadan Strategik Planner) kita kali ini, yang merangkumi aktiviti-aktiviti ke arah peningkatan ruh keimanan, kemasyarakatan, serta kerja agama (dakwah).



(5) Sedapatnya lakukan dan persiapkan segala keperluan asa Hari Raya dalam minggu ini (sebelum masuk Ramadan). Ini bagi mengelakkan kerugian daripada peluang merebut kelebihan amal terutama pada akhir Ramadan, sekiranya tumpuan terarah kepada persiapan menyambut (fizikal) Raya.



(6) Tanamkan dalam diri dari awal lagi bahawa Ramadan hanyalah (( ayyaman ma'dudaat )), bermaksud: Hanyalah bilangan hari-hari yang sedikit sahaja, ianya akan cepat berlalu secara tidak disedari, jangan biarkan ia berlalu pergi begitu sahaja.....!



(7) Usahakanlah untuk menjadikan puasa kita kali ini seumpama puasa yang berulang-ulang kali, iaitu degnan memberikan infaq `buka', khususnya kepada yang memerlukan dari kalangan fakir miskin dan yang seumpamanya.



(8) Sebaiknya sediakanlah jadual `muhasabah diri' (checklist) untuk menilai prestasi amal kita sepanjang Ramadan nanti.


ps. Contoh baik point (5) ada terdapat di sini. Lungsuri : Operasi Spiderman



Tauhid (Selasa, Darul Ghufran)
Ustaz Jamaluddin Wahab
5 Sep 07

No comments: