Google
 

Wednesday, August 29, 2007

Forum Gejala Seks Luar Nikah


Gejala Seks Luar Nikah
Hukum & Penyelesaian dari sudut Islam


Tarikh : 25 Ogos 2007 (Sabtu)
Tempat : Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah
Pengerusi : Ustaz Muhd Hafiizh Rapiee
Panel2: S. S. Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Mufti Perlis)
Dr. Juanda Haji Jaya (Timbalan Mufti Sarawak)
Ustaz Abdul Jalil Abdul Razak (Pengantara Mahkamah Syariah)






- Dewasa ini : budaya khalwat/zina satu kebanggaan.. Berlumba2 melakukan zina? Siapa lebih ramai "sleeping partners"nya menang? Adakah budaya ini yang generasi sekarang suka menciplak dari luar kemudian dibanggakan?


Dr Juanda
(Timbalan Mufti Sarawak):

- Gambaran : Gejala bukan fenomena baru. Berlaku sepanjang zaman, sebelum kedatangan Islam

- Bagaimana dengan kedatangan Islam, lenyap gejala ini kemudian timbul semula

- Punca lahiriah? Pertama2, zina (malah semua maksiat) berasal dari dosa kecil iaitu ia bermula dari pandangan mata (maksiat mata), kemudian pakaian, hingga pada kelakuan (eg. act of seduction thru body motion, flirtation etc) dan seterusnya.

- Benteng? Diingatkan perintah Allah: "Jagalah pandangmu dan jagalah kemaluanmu".

- Hadirin maklum; manusia sejagat dibekal nafsu

- Maka bagaimana pula saluran2nya? Tidak lain, melalui Perkahwinan

- Diingatkan : Jangan pandang kecil dosa2 kecil (eg. dari pandang mata) kerana gunung yang besar itu asalnya dari batu kecil2.

- Perhatikan fesyen wanita, berbagai bentuk, gaya; menarik perhatian?

- Apakah punca dari dalam umat Islam? Asas Keimanan yang kenal pahala & dosa, akhlak dan kawalan2 yang sewaktu dengannya dan dsbgnya..


Ustaz Abdul Jalil (Pengantara Mahkamah Syariah):

- di dlm konteks S'pura, gejala ini juga berlaku pada pasangan yang sudah berumahtangga

- punca masalah 10tahun lalu : tiada persefahaman di antara suami isteri

- kedua : tidak bertanggungjawab

- ketiga : kurangnya kasih sayang

- keempat : pukul bantai (PPO)

- kelima : kekurangan nafkah batin

- skrg punca kelima sudah meningkat pada tempat kedua

- skrg para isteri kahwin lebih dari satu suami

- bukan sekali, dua kali, atau tiga kali malah dari itu

- Sebab2 : Hilangnya nilai2 dari diri kita

- Malah dunia ketiga semakin meningkat gejala ini

- Dari segi pemakanan, makanlah dari makanan yang halal lagi baik. Fungsinya, makan untuk ibadat. Berpuasalah, sebagai cara mengawal nafsu.

- Diingatkan makanan yang kita menjadi darah daging kita. Jika baik, baiklah sistem badan kita, dan jika sebaliknya (haram), bayangkan bagaimana ia mempengeruhi pemikiran kita?

- Cara Nabi SAW : 1/4 makan, 1/4 air, 1/4 pernafasan


S.S. Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Mufti Perlis):

- kebanyakan produk org2 melayu 80% berunsur seks

- eg. kopi larat, kopi jantan etc.

- seks itu fitrah manusia, sehingga upacara kahwin di dlm hutan pun ada...

- menunjukkan semua agama menganjurkan perkahwinan

- manfaat saluran seks selepas berkahwin

- Ketahuilah membaca tentang seks tidak melebihi dari melihat

- Lihat cerita2 di barat pastikan adanya adegan seks

- Ibnu Khaldun : Masyarakat yg lemah dipengaruhi masyarakat yang lebih kuat

- Org2 timur byk ambil yg negatif dari yg positif dari barat

- Dlm Al-Quran, tuduhan orang berzina tanpa empat org saksi yang hak (disebat 80kali) menunjukkan beratnya hukuman menuduh itu. Apatah lagi perbuatan zina itu sendiri!

- Hadis Qudsi Riwayat Muslim : "Wahai Hambaku yang paling awal dan yang paling akhir, samada dari jin dan manusia, duduk di dalam paling bertaqwa, tidak akan menambah sedikit pun kebesaran kerajaanKu."

- Umat Islam janganlah ambil perintah Allah sikit2. Imanilah ia dan praktikkan Islam secara keseluruhannya. (dlm bentuk pakej)

- Masalah zina : Percampuran nasab (anak tidak kenal siapa ibubapa)

- Perdengarkanlah peristiwa Agus Salim

- Dipandukan halalnya perkahwinan dan diharamkan zina


Dr Juanda Jaya:

- Penyelesaian. Antaranya : Kahwin Awal

- Yg ada agama. Tidak semestinya yang sekolah agama. Tetapi yang ada komitmen kepada Agama Islam.

- Ditukil cadangan Mufti : Adakan kursus kahwin 1-2jam saja

- Kedua : Jaga Agama

- Sabda Nabi SAW kpd Ibnu Abbas (usia muda sewaktu naik unta) ra : "Wahai anakku/ budak/ remaja, jagalah Allah, niscaya Allah menjagamu."

- Mereka yang menjaga agamaNya, yg amat perihatin Allah senantiasa melihatnya, pasti ia menjaga dirinya dari melakukan sebarang kemaksiatan.

- Firman Allah Ta'ala : "Wanita yang suci untuk lelaki yang suci; lelaki yang suci untuk wanita yang suci."

- Ketiga : dakwah berkasih sayang. Dakwah Islam, dakwah yang rahmah.

- Firman Allah Ta'ala : "Bersikap lemah lembut lah. Jika kamu bersikap keras hati, pasti mereka akan lari dari kamu."

- Dr Juanda "declara interest" - bukan penyokong poligami

- Maka jika para isteri mula perhatikan kelakuan ganjil pada suaminya, bersiap sedialah - untuk mencari isteri kedua buat suaminya. Ini lebih baik daripada para suami mencari saluran yang diharamkan; zina. Pasti mencari pasangan yang tidak senonoh.

- Baligh kali kedua : 40 - 45 tahun (lagi bijak dari baligh kali pertama)

- Keempat untuk mengelakkan perzinaan:

- Sabda Nabi SAW : "Dua nikmat manusia mudah terpedaya: 1. sihat dan 2. masa lapang."

- Masa lapang : fitnah besar

- "Orang yang sibuk tidak akan di sibukkan dengan hal lain". Jika seseorang tidak diisi dengan perkara yang bermanfaat, akan berlakulah perkara2 kemaksiatan. Maka sibukkan diri anda dengan perkara yang bermanfaat. Adakan matlamat hidup.

- Seterusnya perdengarkan kisah Abdul Uzza - Abdullah Bin Zul Bijadail






- Remaja Abdullah memeluk Islam setelah 3tahun

- Berhijrah menuju ke Madinah (dgn kain sehelai sepinggang;
segala yang dimiliki dicabut semua oleh pakciknya yang amat menentang Islam)

- Memeluk Islam
dengan memahami Islam setelah menghafal satu demi satu ayat2 Al-Quran dari puak2 qabilah yang lalu di tempatnya

- Contoh bagaimana seseorang memanfaatkan masa

- Internet satu sarana yang besar, manfaat bukan sebaliknya

- Kelima : Binalah keluarga yang solehah

- Keluarga tempat bermula tapak tentang Islam

- Jadikan ia sebagai benteng akhir buat sekeluarga bagi menjaga keturunan, agama

- Suami (ketua) bertanggungjawab memimpin keluarga

- Isteri (ketua) bertanggungjawab menjaga keharmonian sesebuah keluarga

- Anak tenang dalam keluarga, tiada yg mahu mencari untuk poligami dari mana2 pihak....


Ustaz Abdul Jalil (Pengantara Mahkamah Syariah):

- MCYS (Ministry Community, Youth & Sport), FSCs, Mendaki, PPIS, PERGAS, terutama badan2 Islam seperti Alumni MWTAI (penganjur forum) semua berusaha menyampaikan mesej kebaikan.

- Kerana kasih-sayang; kerana sayangnya pada saudara2 kita untuk mereka balek ke pangkal jalan. Bukan untuk mencemuh atau mengetepikan keadaan mereka..

- Dlm kontek psikologi, golongan muda terjerumus kerana hilang (masalah) kasih sayang; mereka membutuh kasih sayang, mereka perlukan kasih sayang.

- Perdengarkan kisah "anak hutan" yg dijumpai tidak dapat lagi berkomunikasi

- konsep Abraham Maslow (pyramidical needs) - Keperluan makan, tempat tinggal, kasih sayang

- Sabda Nabi SAW: "Akulah yang terbaik kepada anak2 dan isteriku."

- Penilaian latarbelakang bermasalah
a. dapatan hilangnya kasih sayang
b. rumahtangga jadi tidak mantap
c. org2 tua sering bertengkar
d. mencaci maki anak2
e. tiada sifat hormat menghormati satu sama lain

- Bai nati jannati - jadi - bainannar

- Maka tanamkan kasih sayang dlm diri, keluarga
- wujudkan mawaddataw warahmah dlm rumahtangga
- muhasabah diri


S.S. Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Mufti Perlis):

- Perlis, sebuah megeri, kempen kahwin mudah

- Dlm Islam, perkahwinan patut dimudahkan

- Nak mendapatkan yang haram itu mudah

- Manakala nak dapatkan yang halal, banyak sangat yang dibebankan...- eg. training akad selama 5lima hari, kos 3-4ribu yang menyusahkan, dsbgnya..

- Mesej Mufti - Mudahkan urusan perkahwinan eg. dari segi perbelanjaan etc.

- Manusia ada sifat jemu...

- Ibnu Abbas: "Aku berhias diriku sebagaimana isteriku berhias untukku."

- Perhatikan pengaruh di dalam rumahtangga

- Seperti pakaian para suami dan para sang isteri

- Diingatkan sifat syukur mendahului amalan soleh

- Perbanyakkan berdoa supaya ditunjukkan jalan cara untuk bersyukur yang Allah redhai, dapat beramal soleh dan dikurniakan zurriyat yang soleh lagi solehah...

Dr Juanda Jaya:

- Kenapa dilarang berzina?

- "Zina menjadikan manusia itu tidak bermaruah."

- Sabda Nabi SAW: "Sesiapa yang dapat memberi jaminan dari celah bibirnya dan dari celah kelangkangnya, akan dijamin syurga."


Rumusan:

- Pulanglah kepada Islam

- Perbaikilah cara berkomunikasi

- Bertaubatlah tak kira umur dah matang atau belum

Source : Original Post

No comments: